fbpx

Williams harapan terakhir buat Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP (kanan) berharap Williams mampu mengulangi aksi cemerlang apabila Liverpool menentang West Ham pada aksi EPL di Anfield awal pagi esok.

IVERPOOL – Liverpool ber­depan tugas sukar menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United di Anfield awal pagi esok selepas beberapa pemain pertahanan utama dibelenggu kecederaan.

The Reds kini hanya memiliki Joe Gomez sebagai satu-satunya pertahanan tengah yang cergas selepas Virgil Van Dijk, Joel Matip dan Fabinho mengalami kecede­raan.

Justeru, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mungkin terpaksa bergantung sekali lagi terhadap keupayaan pemain berusia 19 tahun, Rhys Williams pada aksi menentang The Hammers.

Williams menunjukkan aksi memberangsangkan ketika mem­bantu pasukan itu menewaskan Midtjylland 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara yang berlangsung Rabu lalu.

“Saya memang tidak mahukan perkara seperti ini berlaku (kecederaan Fabinho) kerana ia membuatkan kami berada dalam situasi sukar, lebih-lebih lagi kami tidak ada banyak pilihan pemain.

“Williams bermain sangat baik ketika menentang Midtjylland dan saya harap dia boleh ulangi prestasi itu. Kami tidak ada ba­nyak masa menjelang aksi menentang West Ham,” kata Klopp.

Selain itu, Klopp turut me­ngakui beliau melakukan kesilapan besar apabila tidak membawa masuk pemain pertahanan baharu selepas menjual Dejan Lovren. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI