fbpx

66 hilang tempat tinggal rumah dijilat api di Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
nggota bomba memadam kebakaran melibatkan 15 buah rumah di Jalan Pujut Corner di sini, hari ini

MIRI – Seramai 66 orang hilang tempat tinggal dalam kebakaran melibatkan sebanyak 15 buah rumah di Jalan Pujut Corner di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 2.33 petang tadi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, BBP Lutong dan BBP Miri ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan 15 buah rumah dengan 12 buah terbakar 100 peratus manakala dua buah terbakar 50 peratus dan sebuah terbakar 5 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah dua orang turut cedera iaitu melibatkan seorang lelaki berusia 60 tahun yang melecur di bahagian paha dan belakang badan.

Manakala seorang lagi mangsa adalah wanita yang cedera di kaki kanan akibat terjatuh.

Katanya pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan teknik ‘offensive’ dan ‘defensive’ dengan membentang tiga aliran 400 kaki enam nozel.

“Dua pasukan pertama membuat pemadaman di hadapan manakala pasukan kedua membuat pemadaman di belakang rumah yang terbakar.

“Satu aliran salur bantu mula turut digunakan dengan sumber air dari pili bomba berdekatan,” katanya.

Katanya operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 6.35 petang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI