fbpx

Halaman rumah jadi tapak perkhemahan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar vido yang dikongsi di laman sosial Tik Tok Kaki Camping

PETALINGA JAYA – Mempunyai adik-beradik yang ramai merupakan satu kelebihan dan kebahagian kepada ibu bapa sekira semuanya balik ke kampung halaman ketika lebaran menjelma.

Namun, masalah utama akan berlaku apabila kediaman tidak boleh menampung kesemua mereka.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman sosial Tik Tok Kaki Camping menunjukkan satu keluarga yang menjadikan halaman rumah mereka di kampung sebagai tapak perkhemahan (camping site).

Video tersebut difahamkan dirakam ketika akhir puasa sebelum itu menyaksikan lima buah khemah telah didirikan mewakili keluarga yang berbeza.

Keadaan tersebut menunjukkan kemeriahan sambutan Syawal keluarga berkenaan dan ternyata halaman rumah tersebut telah berubah sepenuhnya menjadi tapak perkhemahan.

Rata-rata orang ramai juga turut memuji keluarga tersebut yang tidak kisah walaupun terpaksa berkhemah ketika pulang ke kampung tidak seperti orang lain yang kebanyakkannya menyewa rumah inap ataupun hotel.

“Bagus betul keluarga ni, tak ada lah yang nak sewa hotel bila balik kampung. Tengok macam ni pun meriah. Kesepakatan macam ni yang kita nak dalam adik beradik,” ujar Teh Ah.

“Mana lagi nak cari keluarga macam ni, semua satu kepala. Bagus betul siap rewang untuk berbuka lagi. Terbaik lah,” kata Zahra4441. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI