fbpx

Moga tahun depan saya jadi pengantin – Ameera Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMEERA KHAN memberi bayangan ingin berkahwin tahun hadapan.

PETALING JAYA – Pempengaruh yang juga adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri tumpuan ramai apabila berpantun pada hari raya.

Ameera atau nama sebenarnya, Nur Ameera Khan, 23, seperti memberi bayangan akan bergelar seorang isteri tidak lama lagi.

Nukilan pantunnya berbunyi: “Ada rendang ada ketupat, masuk mintak jangan lambat, kalau tidak diambil orang, sudah berkenan terus bincang.

“Asyik ucap salam Aidilfitri, bila pula you nak salam my wali, selamat hari raya maaf zahir batin, moga tahun depan saya jadi pengantin.”

Menjengah ruangan komen, apa yang lebih menarik perhatian apabila kawan istimewanya yang juga pelakon Indonesia, Jefri Nichol menurunkan ‘sesuatu’.

Pantun yang dimuat naik Ameera Khan dalam perkongsian terbaharu dalam Instagram

“Amin!,” coret Jefri, 24, yang mempunyai 8.1 pengikut dalam Instagram.

Komen ditinggalkan pemain filem Seperti Hujan yang Jatuh ke Bumi itu menerima banyak tanda suka dan komen lanjut daripada pengikut Ameera.

“Wow lain macam pantun baby! (pangilan kenalan rapat Ameera),” tulis rakan baiknya, Rosix Omar.

Dalam pada itu, menerusi satu muat naik foto Instastory, Ameera juga turut meletakkan emoji berbentuk hati warna ungu pada nama aktor tersebut berlatar belakangkan jambangan bunga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI