PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew berkongsi kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara berketurunan Cina di rumahnya semalam.
Berdasarkan gambar-gambar dan video yang dikongsikan, Ebit dan isteri serta empat anak memakai pakaian warna hijau menyambut tetamu terdiri daripada sanak saudaranya yang berketurunan Cina.
Perkongsian itu mendapat maklum balas daripada pengikutnya yang meninggalkan komen positif selain menyifatkan sambutan hari raya bersama keluarga besar adalah menyeronokkan selain lebih meriah.
“Saya suka tengok keluarga besar Ustaz Ebit Lew waktu hari raya,” komen suzanahbuang menerusi TikTok Ebit.
“Tahun Baharu Cina pun sambut, Hari Raya Aidilfitri pun sambut. Seronoknya,” kata Pisces meninggalkan komen.
Tidak kurang juga yang memberi ucapan hari raya selain mendoakan kesejahteraan Ebit berserta keluarga. – KOSMO! ONLINE