PETALING JAYA – Trafik kelihatan mulai perlahan di beberapa lebuh raya utama seluruh negara pada hari kedua Syawal.
Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia, di Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (DUKE) @ E33, trafik perlahan dari Greenwood ke Sri Gombak.
“Di jalan Kuala Lumpur – Karak @ E8, trafik perlahan arah Timur sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak.
“Trafik juga perlahan di Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), dari arah selatan di Bandar Serenia ke Nilai Utara.
“Sama juga seperti di Lebuh Raya Utara Selatan @ E2, trafik perlahan dari arah utara di Skudai ke Plaza Tol Skudai, Senai ke Sedenak, dari arah Selatan, Southville City ke Nilai Utara, Nilai ke Bandar Ainsdale dan Port Dickson ke Pedas Linggi,” katanya.
Tambahnya, dari arah Utara, trafik dilaporkan perlahan di Slim River ke Sungkai, Rawang ke Sungai Buaya, Rawang Selatan ke Rawang.
Dalam pada itu, ‘smartlane’ di KM19.0 hingga KM27.0 arah Utara laluan di antara Senai Utara ke Kulai juga diaktifkan.
Walau bagaimanapun, lorong paling kiri boleh dilalui dan trafik dilaporkan lancar. – KOSMO! ONLINE