fbpx

Anak bekas panglima tentera darat tembak kekasih guna senjata bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gigi dan Ikkyu pernah menjalinkan hubungan cinta. – Facebook

BANGKOK – Anak lelaki kepada seorang bekas pegawai tertinggi tentera Thailand yang telah bersara didakwa menggunakan senjata milik bapanya itu untuk membunuh bekas teman wanitanya sebelum bertindak membunuh diri, lapor portal berita Coconuts semalam.

Sehari selepas mangsa, Supitcha ‘Gigi’ Preedacharoen, 20, ditemui mati di sebuah kondomonium di Bangkok di samping mayat Phumiphat ‘Nat’ Chaiwanichaya, Ketua Polis Negara, Damrongsak Kittipraphat berkata, lelaki tersebut menggunakan senjata milik bapanya.

Kedua-dua mereka dilaporkan pernah menjalinkan hubungan cinta namun Nat, yang lebih dikenali sebagai Ikkyu adalah seorang kaki pukul.

Ikkyu merupakan anak kepada bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Somchai Chaiwanichaya.

Beberapa gambar yang diambil daripada akaun media sosial Ikkyu menunjukkan lelaki itu banyak memuat naik gambar menunjukkan dia memegang peralatan ketenteraan.

Ia sekali gus disifatkan sebagai melanggar undang-undang yang melarang individu berusia bawah 21 tahun daripada memiliki senjata api seperti itu.

Sejurus menerima laporan, pihak berkuasa menyerbu sebuah unit kondominium Rabu lalu dan sejurus tiba, pegawai menemui mayat Ikkyu serta Gigi dalam keadaan mempunyai kesan tembakan pada kepala mereka.

Polis Makkasan berkata, insiden itu berlaku disebabkan masalah hubungan antara kedua-duanya.

Gigi, yang merupakan pesohor media sosial dilaporkan sering menjadi mangsa sifat panas baran Ikkyu dan kerap dipukul lelaki itu. Dia juga pernah berkongsikan beberapa gambar yang menunjukkan kesan lebam padan badan dan wajahnya.

Dalam satu mesej yang pernah ditulis, Gigi berkata, Ikkyu sering memukulnya pada wajah sehingga lapan kali dan menendang dada serta bahagian belakangnya.

Dia akhirnya memutuskan hubungan dengan lelaki itu serta berpindah ke kondominium tersebut bagi melarikan diri daripada Ikkyu.

Berdasarkan hantaran-hantaran media sosial Ikkyu, dia sering memakai pakaian dan aksesori mewah, namun menukar minat tersebut dengan obsesi terhadap senjata api sekitar pertengahan 2019. 

Pada penghujung 2020, dia kerap memuat naik gambar dirinya bersama senjata api termasuk swafoto bersama peralatan taktikal. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI