fbpx

Isteri bersubahat penggal kepala suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan seorang isteri yang dipercayai membunuh suaminya demi harta di Ghaziabad baru-baru ini. - Getty Images/iStockphoto

GHAZIABAD – Seorang wanita berusia 40 tahun dan kekasihnya ditahan semalam, dua bulan selepas mereka didakwa memukul suami wanita berkenaan hingga mati dan memenggal kepalanya, lapor portal berita The Times of India.

Mereka kemudian melempar mayat mangsa ke dalam sungai.

Polis berkata, Lal Devi yang menggunakan nama Babita, merancang pembunuhan itu selepas bertengkar dengan suaminya Rajesh , 58, berhubung harta yang ingin ditinggalkannya untuk anak tirinya. 

Dia besubahat dengan Askhay Malik, 37, yang menyewa kediaman pasangan itu di Tronica City, Ghaziabad. Askhay juga merupakan kekasih gelapnya. 

Polis berkata, mereka menyiasat kes itu apabila Babita memfailkan aduan orang hilang pada 21 Februari lalu. 

Namun, anak perempuan tiri Rajesh, Deepika Aggarwal, 27, menyuarakan kecurigaan, malah turut mengesyaki penglibatan Babita dalam pembunuhan Rajesh. 

Babita ialah isteri kedua Rajesh manakala isteri pertamanya meninggal dunia lima tahun lalu. 

Selepas melakukan siasatan, polis menahan Malik, manakala Babita ditangkap semalam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI