fbpx

Tidak kisah dikritik seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadia Brian

KUALA LUMPUR – Pelakon Nadia Brian enggan mempedulikan kritikan netizen yang mendakwa penampilannya semakin seksi sejak akhir-akhir ini.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, berkata, dia merasakan apa yang ditampilkan kepada umum tidak sepatutnya dijadikan isu.

“Jujurnya saya selesa menjadi diri sendiri, malah mereka yang mengenali saya pasti tahu saya jenis yang bagaimana.

“Rasanya apa yang saya pakai dan tunjuk dalam media sosial tidaklah terlalu seksi sebenar­nya. Apa yang penting, pemakai­an saya tidak seteruk yang boleh memalukan keluarga atau diri sendiri,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo! baru-baru ini.

Kata pelakon drama Titian Takdir, kritikan netizen mungkin kerana dia sering memuat naik foto dan video ketika melakukan aktiviti sukan seperti bersenam.

“Apabila orang tengok aksi dan baju ketika itu, terus dicop seksi.

“Sebenarnya isu seksi ini saya sudah kena sejak dahulu lagi, tetapi sejak akhri-akhir ini bangkit semula cerita ini, mungkin sebab bersenam,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia turut memohon doa agar dirinya dapat berubah ke arah yang lebih baik.

Terdahulu, beberapa foto dan video Nadia menerusi Instagram serta TikTok menjadi tempat netizen melempiaskan rasa tidak puas hati dengan cara pema­kaian pelakon tersebut yang dikatakan semakin seksi dan tidak sesuai dengan status sebagai seorang isteri.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI