fbpx

Buang yang keruh ambil yang jernih – Zulin Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Zulin Aziz membuatkan ramai menarik nafas lega selepas berkongsi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama suaminya, Farhan Norzaini hari ini.

Zulin atau nama penuhnya Farah Azleenda Abd. Aziz menerusi satu hantaran Instagram mengambil pendekatan tidak lagi mengimbau sebarang perkara buruk yang melanda rumah tangganya sebelum ini.

“Buang yang keruh, ambil yang jernih.

“Terima kasih mendoakan, selamat hari raya,” katanya.

Menerusi foto tersebut, Zulin dan suami saling mengenakan busana hari raya serba hitam.

Sementara itu, majoriti netizen dalam ruangan komen teruja melihat foto tersebut sekali, menzahir rasa syukur rumah tangga yang sebelum ini dilaporkan terlerai kini terjalin semula.

“Alhamdulillah semoga tabah harungi dugaan rumah tangga selepas ini.

“Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Harap Zulin dan suami bermuafakat selalu selain saling lengkap melengkapi,” komen pengikut Instagram pelakon drama Penjara Janji berkenaan.

Sebelum ini, Zulin mengejutkan ramai apabila memberi bayangan sudah berpisah dengan suaminya.

Namun, hasil berkat doa keluarga dan orang ramai, Zulin mendedahkan hubungan yang terlerai kini bertaut semula menerusi satu entri Instagram dua hari lalu.

Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 20 Februari tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI