fbpx

Remaja maut, motosikal tak lepas potong kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Chin Teck, Gua Musang malam tadi. - Foto ihsan polis

GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya gagal memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Chin Teck di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, mangsa, Fakrul Nizam Tozi, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah kawasan industri menghala ke Perumahan Chin Teck.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki oleh dua remaja perempuan dari arah bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan ketiga-tiga remaja terbabit cedera parah dan dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk rawatan lanjut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Gua Musang kira-kira pukul 12 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI