fbpx

Ayam kampung jadi rebutan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abul Azizi (kanan) dan Mohd. Faiz menunjukkan ayam kampung di ladang mereka yang terletak di Puchong.

SHAH ALAM – Daging ayam kampung didapati kurang berlemak dan sihat berbanding ayam diternak menjadikannya rebutan sebagai juadah Aidilfitri.

Malah, tidak mustahil apabila seorang pengusaha mampu menjual sehingga 5,000 ekor sepanjang Syawal ini.

Menurut pengusahanya, Abul Azizi Abu Bakar, 45, berkata, kebiasaannya permintaan diterima antara 1,000 hingga 1,500 ekor dan ramai memilih ayam kampung disebabkan rasa dagingnya lebih manis walaupun lebih liat.

“Alhamdulillah, permintaan ayam kampung sentiasa ada sepanjang Aidilfitri meskipun harganya RM30 sekilogram berbanding ayam diternak komersial.

“Ayam kampung ini sering dijadikan juadah Aidilfitri sama ada dimasak rendang dan goreng,” katanya ketika ditemui di Pasar Moden Seksyen 6 hari ini.

Kata Abul Azizi, ladang ayam terletak di Puchong dekat sini diusahakan bersama rakannya Mohd. Faiz Abdul Rahman, 29, sejak tiga tahun lalu.

Tambahnya, banjir pada tahun 2021 lalu turut menyebabkan kerugian susulan beberapa kelengkapan reban musnah dan puluhan ayam musnah.

“Selain itu, ladang ayam ini pernah menghadapi serangan sampar ayam yang menyebabkan ratusan ayam mati.

“Pengajaran daripada peristiwa tersebut saya akan menyuntik vaksin kepada ayam yang sedang membesar selain memastikan pelanggan tidak masuk ke reban yang berpotensi menyebarkan penyakit,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI