fbpx

Suburkan amalan ziarah di Aidilfitri – Sultan Mizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan (empat dari kanan) menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah lain di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini hari ini.

Turut berangkat dua anakanda baginda iaitu Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mua’az.

Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Terdahulu dalam perutusan Aidilfitri, Sultan Mizan menitahkan agar Hari Raya Aidilfitri terus dijadikan medium menyuburkan budaya kunjung-mengunjungi dan menziarahi tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

Baginda bertitah, amalan meraikan kepelbagaian tersebut dapat mengekalkan toleransi antara kaum serta saling menghormati antara satu sama lain.

Sultan Mizan (tengah) bersalaman dengan jemaah cilik selepas menunaikan solat Aidilfitri di Masjif Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu hari ini.

“Pupuklah semangat ini dalam kalangan anak-anak kita agar kedamaian ini kekal pada masa akan datang.

“Hari raya boleh dijadikan sebagai medium untuk kita bersama-sama menghormati kewujudan kepelbagaian di negara ini dengan membuka pintu rumah, menerima kunjungan tetamu daripada pelbagai agama, kaum dan budaya,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI