fbpx

Aliran trafik lancar pada hari pertama Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan kelihatan lancar setakat pagi ini.

PETALING JAYA – Keadaan trafik keseluruhannya masih lancar di kebanyakan lebuh raya utama pada hari pertama Aidilfitri.

Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 8.47 pagi tadi, trafik lancar di laluan utama Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak (KLK) @ E8.

“Situasi yang sama buat Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 di mana trafik dilihat berjalan dengan lancar.

“Di bahagian Selatan, trafik di laluan utama Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Kajang Seremban, Lebuh Raya Senai-Desaru dan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson masih dalam keadaan lancar termasuk lokasi di sekitar plaza tol,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI