fbpx

Lelaki ditangkap buat panggilan video bersama mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Richard ditangkap polis selepas dia menceroboh dan bergambar bersama mayat-mayat di Rumah Pengebumian Smith di Monroe, Parish Ouachita pada 7 April lalu. - Google Maps

MONROE, Louisiana – Seorang lelaki di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) ditangkap kerana menceroboh rumah pengebumian dan berkongsi video mayat yang telah dibedah siasat dalam keadaan mengerikan.

Video itu dikongsi bersama rakannya menerusi aplikasi panggilan video, FaceTime, lapor portal berita MailOnline semalam.

Boris Richard Jr, 21, menyelinap masuk ke Rumah Pengebumian Smith di Monroe pada 7 April lalu, kata polis.

Richard yang tinggal kira-kira 16.09 kilometer (km) dari rumah pengebumian itu didakwa masuk tanpa kebenaran ke bilik mengawet mayat dan merakam video beberapa mayat menggunakan telefon bimbitnya pada 10 April lalu.

Afidavit yang difailkan oleh Jabatan Polis Monroe menyatakan bahawa lelaki berusia 21 tahun itu menceroboh masuk ke rumah pengebumian antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari (waktu tempatan).

Richard bukan pekerja rasmi di rumah pengebumian itu dan dia tidak sepatutnya masuk ke bilik mengawet mayat tanpa kebenaran.

Menurut polis, Richard enggan menjawab soalan. Dia digari dan dibawa ke Pusat Pemulihan Ouachita, namun dibebaskan pada keesokan harinya selepas diikat jamin sebanyak AS$1,500 (RM6,670).

Dia sepatutnya hadir di mahkamah pada 12 April lalu tetapi perbicaraannya telah dijadualkan semula pada 18 Mei  depan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI