fbpx

Selamat Hari Raya, harap lebaran ini penuh kemakmuran – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika memberi ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut esok.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Seiring dengan kehangatan lebaran yang semakin tiba, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berharap lebaran kali ini disambut dengan penuh kemakmuran dan kesyukuran.

“Saya doakan seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia mendapat keberkatan daripada Allah SWT.  Maaf zahir dan batin,” kata menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut memuat naik ucapan selamat hari raya di akaun Facebook miliknya.

Katanya, ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.

Beliau berkata, Ramadan mengajar erti kesyukuran, kesabaran, pengorbanan dan kesederhanaan serta bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan dan bersederhana dalam semua perkara.

“Syawal pula mengajar kita erti perkongsian, berkongsi kegembiraan dengan mereka yang tersayang, mengeratkan hubungan yang sedia terjalin dan memperbaharui ukhuwah sesama kita.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI