fbpx

Pemandangan menakjubkan Masjidil Haram pada malam 29 Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah besar penganut Islam mengerjalan solat isyak pada malam ke-29 Ramadan di Masjidil Haram, Mekah semalam. - SPA

MEKAH – Beberapa gambar dari udara menunjukkan sejumlah besar jemaah bersolat di Masjidil Haram bagi menunaikan solat isyak dan tarawih serta majlis khatam al-Quran pada malam ke-29 Ramadan, lapor portal berita Al Arabiya News semalam.

Gambar-gambar yang dikongsi oleh Saudi Press Agency (SPA) semalam menunjukkan jumlah jemaah yang ramai memenuhi halaman, lantai dan jalan masuk ke Masjidil Haram.

Gambar SPA juga menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan oleh agensi kerajaan untuk menerima kehadiran para  jemaah pada bulan yang suci itu.

Menurut Jawatankuasa Pemerhati di Balai Cerap Tumair, Ramadan kali ini hanya berlangsung selama 29 hari selepas anak bulan Syawal dapat dilihat di Arab Saudi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI