fbpx

Larangan hisap ganja di tempat awam diperketat di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasaan larangan menghisap ganja di tempat awam diperketatkan oleh Jabatan Kesihatan Thailand. - Foto Flickr

BANGKOK – Jabatan Kesihatan (DOH) Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan agar bersiap sedia melaksanakan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap acara kasual menghisap ganja di tempat awam, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Selain itu, orang ramai turut digalakkan untuk melaporkan dengan segera berhubung sebarang insiden gangguan kepada pegawai tempatan sekiranya terlihat individu menghisap ganja di tempat awam.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Dr. Atthapol Kaewsamrit berkata, pihaknya secara tegas mengingatkan rakyat dan pemilik perniagaan supaya berhati-hati dan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti yang mungkin melanggar undang-undang. 

Sekiranya tidak mematuhi arahan, pegawai tempatan boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Kesihatan Awam manakala hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda tidak melebihi 25,000 baht (RM3,235) atau kedua-duanya sekali akan dikenakan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI