fbpx

‘Smartlane’ dari Tapah ke Gopeng dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV situasi trafik di Kilometer 305 Gua Tempurung, Lebuhraya Utara-Selatan, pagi tadi.

PETALING JAYA – Pengaktifan ‘smartlane’ di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara melibatkan Kilometer (KM) 306.7 hingga KM297, dibuka serta-merta.

Bagaimanapun, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar tanpa menunjukkan sebarang kesesakan berpanjangan bagi warga perantau pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri.

Menerusi hantaran di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, pengaktifan ‘smartlane’ membolehkan lorong paling kiri dilalui kereta.

Dalam hantaran yang sama turut memaklumkan, antara laluan yang berlaku sedikit kesesakan adalah melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

“Trafik masih bergerak perlahan ke arah Timur, sebelum masuk Plaza Tol Gombak, pada pukul 11.28 pagi.

“Setakat pukul 11.27 pagi pula, trafik perlahan ke arah Utara di kawasan rawat dan rehat (R&R) Tapah (U) ke Tapah dan Tapah ke Gopeng,” tulis hantaran itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI