fbpx

Seleksi program, naskhah menarik Syawal di Awesome TV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM raya menarik di Awesome TV

SEMARAK Hari Raya Aidilfitri yang disambut esok oleh seluruh umat Islam di negara ini akan lebih bermakna dengan pelbagai pengisian menarik daripada Awesome TV untuk tontonan seisi keluarga.

Meneruskan kempen Ikhlaskan Jiwa, Dekat Dengan-Nya, kesemua pengisian menarik sepanjang Syawal bermula hari raya pertama ini ditayangkan secara eksklusif menerusi Astro saluran 123 dan MyTV (saluran 112).

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, pihaknya sudah merancang strategi penjadualan berstruktur yang efektif untuk memantapkan pengisian Kempen Ikhlaskan Jiwa, Dekat Dengan-Nya.

Penonton akan dihidangkan dengan program-program menarik sepanjang hari pada Syawal ini merangkumi pelbagai genre seperti hiburan berbentuk ‘spin-off’, variasi, sitkom, komedi, telefilem, koleksi filem tempatan serta antarabangsa termasuklah naskhah klasik
malar segar.

Ohsem Tele

Bagi memeriahkan sambutan hari raya tahun ini, slot Ohsem Tele membariskan telefilem yang sarat dengan penceritaan menarik untuk tayang minggu pertama Syawal.

Antara yang menanti penonton adalah Alamak! Raya Lagi? lakonan bintang kelahiran program Awesome Raja Lawak iaitu Kanda, Afea, Oky Danial, Sofwan, Afiq Mabo, Amyza Aznan, Aleza Shadan, Wan Nor Azlin, Delimawati dan Bohari Ibrahim.

Sementara itu, bintang popular seperti Syafiq Kyle, Amerul Affendi, Haeriyanto Hassan dan Aishah Atan bakal muncul dalam Rompak Raya sementara telefilem Mat Ri Ye Pak Din pula membariskan Sharif Zero, Sabri Yunus, Mak Engku dan Cahaya Nilam.

Naskhah Jeman yang diarahkan Rashid Sibir
pula dibintangi Iman Zulkarnain, Fauziah Nawi, Farah Ahmad dan Mia Farhana, sementara telefilem Raya Pukul 7 pula dilakonkan oleh Issey Fazlisham, Datuk Mustapha Kamal, Delimawati, Yuna Rahim dan Fadzil Hamdan.

Karya menarik lain antaranya Derhaka Seorang Ibu pula dibintangi Adam Shahz, Wan Maimunah, Zain Hamid, Amyza Aznan dan Puteri Lofea, manakala telefilem Holiday Aji Tom menampilkan Syafiq Kyle, Jalil Hamid, Safwan Nazri, Bunga Isme, Syuhaida Abraz (Dottie), Tengku Zara dan Imran Aqil.

Suamiku Ol School lakonan Azhan Rani, Isyariana, Along Eyzendy, Linda Rafar, Bohari Ibrahim dan Sillfeny serta Mempelai Panda (Zalif Sidek, Wanna Ali, Opie Zami, Fara Nadiah dan Roy Azman) turut menghiburkan penonton.

Filem terbaik

Syawal kali ini turut digamatkan dengan karya terbaik tempatan dan antarabangsa seperti Kaabil (Hrithik Roshan, Yami Gautam), Jai Ho (Salman Khan, Tabu) dan Show Me Your Love (Hee Ching Paw, Raymond Ho-yin Wong), Pengabdi Setan (Ali Albar, Simon Cader, Adang Mansyur).

Untuk filem tempatan pula, filem Khurafat (Syamsul Yusof, Liyana Jasmay), Adnan Sempit (Shaheizy Sam, Intan Ladyana) dan KL Gangster 2 (Syamsul Yusof, Datuk Rosyam Nor, Datuk Aaron Aziz, Adi Putra) juga termasuk dalam slot tayangan filem terbaik.

Lebih menarik, Awesome TV turut menyajikan naskhah-naskhah istimewa lakonan pelawak legenda kumpulan Senario seperti Senario The Movie: Ep 1, Senario The Movie: Ep 2 Beach Boys, Senario The Movie: Ops Pocot dan Senario Asam Garam.

Selain dibintangi ahli Senario seperti Azlee, Mazlan, Wahid dan Saiful Apek, kesemua naskhah tersebut turut digamatkan dengan penampilan barisan pelakon popular lain antaranya Ako Mustapha, Shamsul Ghau Ghau, Jamali Shadat, Maria Farida, Riezman Khuzaimi, Marsha Milan, Diana Amir, Kamal Adli, Julia Hana, Fimie Don dan Angelina Tan.

Terakhir, slot Ohsem-Tainment pula membariskan program hiburan menarik berbentuk ‘spin-off’ untuk menepati tema raya dalam pelbagai genre seperti komedi, sketsa, bual bicara dan banyak lagi.

Antara program tersebut ialah Kampung Senariuh Raya, Spoket Raya, Kecoh Raya, Memoria Ray, Warung Wak Raya, Roller Kata Raya, Ha Ha Ha Ray dan Cer Teka Raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI