fbpx

Monyet hempap batu besar atas budak tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Denuvuri maut selepas monyet-monyet itu menjatuhkan batu besar ke atasnya. - MailOnline

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas kawanan monyet menjatuhkan seketul batu besar ke atasnya dari bumbung rumah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Devunuri Abhiv bermain di luar rumahnya di Katukuri, sebuah perkampungan kecil di negeri Telangana, apabila monyet-monyet itu menggolek batu besar dan membunuh kanak-kanak tersebut dengan serta-merta.

Devunuri baru sahaja pulih daripada satu kemalangan aneh enam bulan lalu apabila dia terjatuh ke atas sebilah pisau dan menusuk kerongkongnya.

Insiden itu mengakibatkan ibu bapanya, Rajitha dan Srikanth, terpaksa menghabiskan kira-kira 500,000 rupee (RM27,012) untuk bil rawatan Devunuri.

Penduduk tempatan telah membuat aduan mengenai gangguan monyet selama beberapa tahun kerana ia telah menjadi semakin agresif.

Di seluruh India, ancaman monyet telah mencapai tahap gangguan sehingga pihak berkuasa terpaksa memikirkan langkah-langkah ekstrem seperti penggunaan vaksin kontraseptif.

Haiwan itu juga dikaitkan dengan beberapa serangan ganas di serata India. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN