fbpx

Tema hitam juarai carta raya 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Persalinan hitam ‘diumumkan’ sebagai warna tema hari raya Aidilfitri paling popular pada tahun ini.

Ia diakui oleh seorang penjual pakaian menerusi Facebook, Mutiara Andi Amier dan dipercayai pakaian berwarna hitam menjadi pilihan utama para pelanggannya.

“Sebagai penjual baju saya umumkan, tema hitam menjuarai carta raya 2023,” katanya.

Orang ramai rata-rata dilihat seperti bersetuju dengan ‘pengumuman’ tersebut.

“Tahun lepas pun hitam dah, stres cari baju sedondon. Orang kedai pun cakap hitam menang,” kongsi Arejaa.

“Warna hitam itu premium. Warna Hitam nampak kita langsing,” komen Oggy Murniey.

“Hitam jugak. Memang rancang dari tahun lepas lagi untuk hitam tahun ni,” ujar seorang lagi pengguna.

Perkongsian Mutiara itu berjaya meraih 2,200 jumlah perkongsian dan 535 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI