fbpx

‘Perang akhir Ramadan’ Syamsul Yusof, Puteri Sarah, saling tuduh-menuduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sehari menjelang Aidilfitri, perang rumah tangga antara pengarah Syamsul Yusof dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus memanas apabila kedua-duanya saling membalas tuduhan dan membongkar sikap antara satu sama lain dalam media sosial.

Awal pagi hari ini, Syamsul menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya meminta Sarah untuk menerima takdir qada dan qadar bahawa suaminya (Syamsul) sudah pun berkahwin dua dan tidak menyimpan dendam sehingga memakan diri sendiri.

Pada masa sama, Syamsul turut meminta Sarah untuk fikir tentang masa depan anak-anak mereka dengan berpisah secara baik dan aman.

“Terimalah takdir suami kamu telah berkahwin (dengan Ira Kazar) Sarah. Janganlah berdendam kesumat hingga ke tahap ini. Nanti akan memakan diri dan anak-anak kita.

“Kita berdua ada kesilapan masing-masing. Fikirlah tentang masa depan anak-anak dengan berpisah secara baik dan aman,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu turut menyentuh tentang tuntutan nusyuz yang difailkannya terhadap Sarah apabila mendakwa mempunyai bukti wanita itu menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang sejak awal perkahwinan mereka lagi.

Membalas kembali kenyataan dibuat Syamsul yang mendakwa dia menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, Sarah, 38, meminta suaminya itu menyertakan tuduhan berserta bukti.

“Jangan cakap sahaja. Bukti mana? Tuduhan nusyuz 44 muka surat, satu bukti pun tiada.

“Siapa yang gunakan mama dan papa (Datin Patimah dan Datuk Yusof) untuk meraih simpati? Dua tahun tinggal bersama dan mereka menjadi saksi segalanya.

“Tak hairanlah ‘kaki spin’ macam ini kalau bapa sendiri pun dah kena sekat (block) empat tahun. Tak balik raya pun dah empat tahun. Cukuplah sandiwara awak,” katanya.

Menjawab tentang kenyataan ‘bercerai secara baik’ yang dipinta oleh Syamsul, Sarah memberitahu sejak daripada awal lagi dia telah meminta untuk dilepaskan secara baik, namun suaminya itu sendiri yang enggan melafazkan talak.

“Sejuta kali awak cakap berpisah secara baik tapi sampai mahkamah tak lafaz juga. Banyak kali peguam minta hakam untuk wakil awak namun ada sahaja nak bantah,” ujarnya.

Tambahnya Sarah lagi, dia enggan bersemuka seperti didakwa Syamsul kerana mendakwa suaminya itu suka memutar belit apabila berbicara.

“Selama ini saya enggan berjumpa dan minta bercakap dengan peguam sebab tahu awak kaki putar belit cerita.

“Bila suruh rakam perjumpaan, mati-matian tak bagi. Satu dunia tahu awak ‘kaki spin’ (putar belit),” jelasnya.

Dalam perkongsian sama, Sarah turut mendedahkan perbualan WhatsApp bersama Syamsul yang meminta mereka berjumpa sebelum pengarah itu memfailkan kes nusyuz.

Pendedahan tersebut sebagai bukti bagi menyangkal kenyataan Syamsul yang mendakwa Puteri Sarah hanya bersetuju bertemu dengannya selepas dia memfailkan nusyuz kerana isterinya itu risau terdapat bukti kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang.

Pada 18 April lalu, kes penceraian Syamsul dan Puteri Sarah yang dijangka menemui titik noktah berakhir dengan jalan buntu apabila pengarah itu menarik balik keputusan melafazkan cerai selepas pasangan itu mencapai kata sepakat untuk bercerai.

Syamsul enggan melepaskan isteri pertamanya itu kerana Puteri Sarah didakwa menambah beberapa terma dalam perjanjian penceraian mereka termasuk isu nafkah dan kes terhadap madunya, Ira Kazar.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI