KUALA LUMPUR – Masyarakat Muslim di negara ini digalakkan supaya melakukan pecutan terakhir di bulan Ramadan yang berbaki satu hari sebelum menyambut Aidilfitri Sabtu ini (esok), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi platform media sosialnya, Anwar berkata keberkatan bulan yang suci ini perlu diisi dengan beribadah.
“Rebut keberkatan dan terus berdoa kepada-Nya, Insya-Allah,” kata beliau melalui platform rasmi media sosialnya.
Dalam pada itu juga, Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur dapat berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama jemaah Masjid Ashabus Solihin di Taman Rakan, Kajang, malam tadi.
“Alhamdulillah diberi kesempatan berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama para jemaah lain,” kata Anwar.
Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri, esok. – KOSMO! ONLINE.