fbpx

Penumpang menjerit dalam pesawat kerana rimas bunyi tangisan bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang tersebut (kanan) menjerit ke arah kru kabin kerana tidak tahan mendengar bunyi tangisan bayi. – TikTok

ORLANDO, FLORIDA – Seorang penumpang pesawat Southwest Airlines mengamuk dan menjerit ke arah kru kabin selepas berasa terganggu dengan bunyi tangisan bayi ketika penerbangan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman TikTok, penumpang lelaki itu dilihat menjerit di dalam pesawat yang dalam perjalanan ke Orlando, Florida kerana tangisan bayi dikatakan mengganggu dia tidur.

“Bayi itu telah menangis selama 40 minit. Sila tenangkan bayi itu. Saya sedang tidur. Anda mahu saya menjerit?” katanya.

Seorang kru kabin kemudian didengari meminta lelaki berkenaan agar berhenti menjerit dan kemudian dibalas dengan berkata: “Bayi itu juga perlu berhenti menjerit.”

Apabila kru penerbangan menjawab bahawa situasi itu berbeza antara bayi dan lelaki dewasa, penumpang tersebut berkata: “Adakah dia (bayi) membayar lebih mahal untuk menjerit (menangis)?” 

Menurut pengguna TikTok tersebut, sejurus tiba di Orlando, penumpang berkenaan enggan turun dari pesawat sebelum dia dikelilingi oleh pihak berkuasa termasuk pegawai polis.

“Dia cuba menegaskan bahawa dia mempunyai hak untuk menjerit kerana terdapat dua orang dewasa (ibu bapa bayi) bersama seorang bayi yang menangis dan dia tidak seharusnya diganggu,” demikian menurut keterangan pada klip itu.

Lelaki tersebut kemudian diiring keluar ke lapangan terbang oleh polis namun tidak dijelaskan sama ada dia didakwa atas apa-apa kesalahan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI