PETALING JAYA – Cuaca diramalkan cerah dan baik di negeri-negeri di Semenanjung pada pagi ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 9 pagi ini.
Cuaca baik tersebut turut meliputi negeri Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan dijangka mengalami hujan pada pagi ini iaitu di Kedah (Alor Setar) dan Johor (Senai). – KOSMO! ONLINE