PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial View Chin hari ini mendedahkan bahawa hak penjagaan tiga anaknya adalah dibawah jagaannya.
View Chin atau nama sebenar View Chin Hau dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, ramai pihak bertanya mengenai surat penceraiannya bersama bekas isteri Hau Sin Yi atau dikenali Ah Moi dan ia didedahkan di media sosial bukan kerana ingin menjatuhkan mana-mana pihak.
“Banyak (orang) yang bertanya mengenai surat cerai saya, di sini telah tulis tiga anak saya dalam penjagaan saya. Sepanjang anak-anak dalam penjagaan saya, saya tak pernah limitkan untuk dia (bekas isteri) tengok anak saya.
“Sebelum kami bercerai semua ini telah ada kata sepakat antara kami berdua.Tetapi anak saya tiada dengan saya sudah enam hari dan saya tidak tahu mana mereka pergi,” katanya.
View Chin berkata, beliau tidak suka berkongsi masalah pribadinya di media sosial, namun ketiadaan anak-anaknya membuatkan dia buntu ketika ini.
“Ini sudah enam hari kenapa saya berdiam dan saya tak bersuara sebab saya tak suka benda peribadi disiarkan di media sosial. Biarkan pihak mahkamah yang ambil tindakan semua tentang masalah ini,” jelasnya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi nasihat dan pandangan kepadanya selama kejadian itu berlaku dan akan fokus kepada membangunkan semula syarikat miliknya.
“Lepas ini saya akan fokus untuk bangunkan balik syarikat dan pasukan saya. Saya tidak akan tinggalkan pasukan saya sebab mereka perlukan saya untuk bangun.
“Saya berjanji akan terus bangun untuk penyokong, pelanggan, pasukan dan syarikat saya. Sebab benda ini memberi kesan kepada semua pihak, saya akan membalas budi kepada sesiapa yang telah memberi nasihat dan ada dengan saya sepanjang saya jatuh.
“Terima kasih yang mana ada masa saya jatuh terduduk, saya akan membalas jasa anda semua tak lama lagi. View Chin tak akan selamanya jatuh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE