fbpx

Tak bercerai, Zulin Aziz, suami berbaik semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Tidak sampai tiga hari selepas memberi bayangan keberantakan rumah tangga yang sedang dihadapi, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz pula meluahkan rasa syukur ikatan bersama suami tercinta, Farhan Norzaini kini bertaut kembali.

Kata Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, mereka berdua kini dalam fasa berusaha memperbaiki hubungan sekali gus menyelesaikan permasalahan yang timbul.

“Berkat doa semua, kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ini. Kita bagi peluang dan ruang.

“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah.

“Alhamdulillah,” luahnya dalam hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian sama, Zulin yang bergelar isteri lebih setahun lalu turut menyertakan gambar dua bentuk cincin menandakan simbol penyatuan pengantin lelaki dan perempuan.

Biarpun tidak mendedahkan punca status terdahulu, bekas penyampai radio itu mengakui di sebalik hantarannya sebelum ini terselit hikmah tidak dijangka.

“Ada sebab kenapa hantaran itu berlaku. Dan ada hikmah di sebalik itu,” katanya lagi.

Kelmarin, pendedahan Zulin mengenai kemungkinan tidak dapat mempertahankan perkahwinan yang dibina dengan Farhan mengejutkan ramai.

Apatah lagi mereka kerap berkongsi momen manis serta dianggap antara pasangan selebriti romantis seolah-olah baharu semalam bergelar suami isteri.

Menambahkan lagi kerisauan peminat apabila gambar ahli perniagaan berusia 36 tahun itu juga tidak kelihatan lagi di Instagram aktres tersebut.

Meminta diberikan ruang, Zulin sebelum ini menangkis dakwaan pendedahan mengenai rumah tangga adalah untuk tujuan konten media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI