fbpx

Kakitangan Mahkamah Terengganu maut tak sempat pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan usaha mengeluarkan pemandu Perodua Myvi yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Mersing Batu 10, Mersing petang tadi.

MERSING – Seorang lelaki maut selepas Perodua Myvi dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa barangan runcit di Jalan Mersing Batu 10, petang tadi.

Mangsa, Hairul Azhar Mohamad, 47, difahamkan merupakan kakitangan Mahkamah Terengganu dalam perjalanan pulang ke Felda Simpang Waha, Kota Tinggi.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Alias Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 2.24 petang sebelum menghantar 13 anggota dari BBP Endau dan Mersing ke lokasi.

“Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dengan sebuah lori membawa muatan barang. Akibat kemalangan itu pemandu Perodua Myvi telah tersepit di dalam kenderaan.

“Kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas oleh anggota terlibat dan berjaya mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia pasukan perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Manakala pemandu lori berusia 47 tahun yang mengalami kecederaan telah diberi rawatan di lokasi oleh pihak perubatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI