fbpx

Trafik masih sesak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan masih berlaku di beberapa lebuh raya petang ini

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih sesak petang ini berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, ia melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

“Trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara di Slim River ke Sungkai, Ladang Bikam ke Bidor, Bidor ke kawasan rehat Tapah, Tapah ke Gopeng, Ipoh Selatan ke Ipoh Utara, Vista Point Ipoh ke kawasan rehat Sungai Perak dan Juru ke Permatang Pauh terus ke Kepala Batas.

“Manakala ke arah selatan pula melibatkan UPM ke Kajang, Bangi ke Southville City, Putra Mahkota ke Nilai (juga kesan kemalangan di Kilometer 282.4 arah Selatan, EL terhalang) dan arah Utara pula di Pandan ke Dato’ Onn,” kata LLM hari ini..

Turut mengalami kesesakan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) iaitu sebelum keluar Plaza Tol Kuala Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI