KOTA KINABALU – Gempa bumi lemah 3.5 magnitud berlaku di Beluran sekitar pukul 9.07 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi itu terletak 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur.
“Kejadian berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Machael berkata, tiada bangunan yang rodak susulan kejadiam gempa bumi itu.
“Setakat ini, kita tiada menerima panggilan kecemasan susulan gempa bumi berkenaan. Hasil pemantauan juga mendapati tiada sebarang kerosakan pada struktur bangunan dan premis di daerah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE