fbpx

The Showcase Kuala Lumpur dijangka meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program The Showcase Kuala Lumpur dijangka dapat menarik lebih 200 penyertaan.

KUALA LUMPUR – Program pencarian bakat elit dari Sepanyol, The Showcase bakal melakukan sesi ‘uji bakat’ mencari pemain bola sepak bertuah bermula 2 hingga 5 Jun depan.

Program ‘The Showcase Kuala Lumpur’ yang dianjurkan oleh Bolabros Global Events Sdn Bhd (Bolabros) berjaya mendapat sokongan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM).

Presiden PBSMM, Mohd. Firdaus Mohamed percaya kerjasama itu dapat memastikan bakat-bakat pemain bola sepak remaja yang sebelum ini tidak menyerlah dapat dicungkil dengan penilaian daripada jurulatih elit dari Eropah.

“Kolaborasi PBSMM bersama Bolabros diharap dapat membawa persatuan bola sepak kami untuk pergi lebih jauh.

“Semoga The Showcase Kuala Lumpur akan menemui pemain lebih berkualiti yang mungkin juga boleh diserapkan di dalam pasukan negara,” katanya pada majlis menandatangani MoU di ibu negara semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Bolabros Global Events, Badiuzzaman Jamhari meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 200 penyertaan daripada anak muda dari Malaysia untuk mengambil bahagian sepanjang program itu nanti.

“Kita berjaya menganjurkan program The Showcase dari Asia Tenggara tahun lepas di Bali, Indonesia dan berharap edisi Kuala Lumpur tahun ini turut sukses dengan mendapat kehadiran ramai peserta,” katanya.

Sebagai rekod, ‘The Showcase Madrid’ adalah acara pencarian pemain bola sepak berusia 15 sehingga 23 tahun yang terbesar di dunia.

Seorang bakat bertuah yang terpilih akan berpeluang ke peringkat seterusnya pada ‘The Showcase Madrid’ pada Julai sebelum pemenang utama berpotensi menandatangani kontrak profesional dengan kelab profesional Sepanyol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI