fbpx

Orang ramai teka warna baju Penyimpan Mohor Besar malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warna baju yang pernah dipakai Syed Daniel.

PETALING JAYA – Setiap tahun ketika menunggu anak bulan Syawal, kehadiran Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad adalah individu penting yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai khususnya umat Islam.

Malam ini, beliau akan mengumumkan tarikh hari saya puasa sama ada jatuh pada esok ataupun Sabtu nanti.

Bukan hanya pengumuman hari raya yang dinanti, bahkan warna baju yang bakal dipakai oleh Syed Danial turut menjadi penantian orang ramai.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati sememangnya warna baju Melayu yang bakal dipakai oleh beliau pada pengumuman malam ini menjadi topik perbincangan pengguna media sosial.

Ini kerana, setiap tahun Syed Danial akan memakai sepasang baju Melayu lengkap dengan warna yang berbeza-beza.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter Local Rakyat, membuka soalan menanyakan warna baju pilihan beliau tahun ini dan meminta orang ramai berkongsi jawapan masing-masing.

“Korang rasa pakcik yang umum raya malam ni pakai baju melayu warna apa?” ciapnya.

“Nampak baju dekat pasar malam warna hijau gelap paling banyak habis, mungkin dia pun pakai warna hijau gelap malam ini,” tulis Rahman Said.

“Mungkin merah jambu, atau merah. Kita tengok malam ini siapa yang kena,” ciap MatTM.

Terdahulu tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam seluruh Malaysia adalah pada Khamis, 20 April hari ini bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI