fbpx

Hujan lebat, ribut petir di empat negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat negeri berkuat kuasa sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, amaran tersebut diberikan susulan jangkaan hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang di seluruh Perlis dan beberapa kawasan sekitar Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu).

Sementara itu, cuaca buruk yang sama turut berisiko melanda Sarawak melibatkan Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Miri).

“Sabah pula, hujan lebat serta ribut petir dilaporkan berlaku di Pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) petang ini.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia dalam satu laporan di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI