fbpx

Pengutip barangan lusuh dapat RM100 sehari selongkar tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENINGKATAN bahan buangan sepanjang Ramadan, jadi lubuk rezeki pengutip barangan lusuh. – Gambar hiasan

KOTA BHARU – Tong-tong sampah di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bersepah selepas diselongkar golongan pengutip barangan lusuh sepanjang bulan Ramadan.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, ­keadaan itu menyebabkan sampah ­bertaburan sekali gus mengganggu kerja-kerja mengutip bahan buangan pihak MPKB-BRI sehingga operasi di kawasan tersebut menjadi lambat.

Menurutnya, pengutip bara­ngan lusuh kebiasaannya tertumpu kepada kawasan tong-tong sampah roro yang mempunyai kapasiti bahan buangan yang tinggi termasuk sampah pukal.

“Kita dapat lihat tong sampah akan lebih banyak diselongkar pada bulan Ramadan dan kawasan berhampirannya juga semakin kotor dengan lebihan sampah.

“Setakat ini, MPKB-BRI sudah mengeluarkan sebanyak 15 notis amaran kepada pengutip bara­ngan lusuh atas kesalahan menyelongkar sampah di tong awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rosnazli memberitahu, secara dasarnya, pekerjaan sebagai pengutip barangan lusuh adalah salah di bawah Seksyen 12(3) Undang-Undang Kecil (UKK) Pemungutan Sampah Dan Pelupusan Sampah MPKB-BRI 2019.

Bagaimanapun, menurutnya, hanya ada 60 orang pengutip ­barangan lusuh sahaja yang berdaftar dengan pihak syarikat pengendali kutipan sampah di pusat pelupusan sampah Beris Lalang di Bachok.

“Berdasarkan siasatan MPKB-BRI, ramai pengutip barangan lusuh melakukan pekerjaan itu secara sambilan atau ‘part time’ semasa bulan Ramadan.

“Ada antara mereka boleh memperoleh pendapatan kira-kira RM60 hingga RM100 setiap hari,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI