fbpx

Daging lembu 2.5 tan habis dijual tak sampai sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur panjang untuk membeli daging dan ayam yang dijual dengan harga rendah di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Lima ekor lembu yang dijual di khemah jualan daging di pekarangan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang di sini habis dijual dalam tempoh kurang sejam.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal berkata, daging yang dijual di gerai jualan tersebut berharga RM30 sekilogram, manakala ayam RM9 sekilogram.

“Setakat ini kita telah menjual sebanyak lapan ekor lembu termasuk lima ekor pada pagi ini.

“Bagi ayam pula, 1,000 ekor dijual pada hari ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat jualan tersebut di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang di sini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Maimunah, 43, berkata, dia telah datang beratur seawal pukul 8 pagi untuk membeli daging lembu tersebut.

“Harga daging yang dijual ini murah. Kalau di tempat lain rata-rata jual RM40 sekilogram. Program seperti ini perlu diteruskan pada masa hadapan kerana ramai menerima manfaat daripadanya,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ibrahim Ahmad, 60, berkata, dia telah membeli dua kilogram (kg) daging lembu dan 2kg tulang dan berjaya mendapat penjimatan sebanyak RM40.

“Bagi golongan yang berpendapatan rendah macam saya, penjimatan sebanyak RM40 itu boleh digunakan untuk membeli barang keperluan lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI