KUALA LUMPUR – Sebagai jenama kopi buatan Malaysia yang mengutamakan pengalaman pengguna berasaskan teknologi, ZUS Coffee meraikan musim perayaan Hari Raya dengan memperkenalkan pelbagai rasa minuman klasik dan baru.
Gelak tawa bersama orang tersayang akan menjadi lebih bermakna jika diserikan dengan secawan kopi.
Timbalan Pengarah Pembangunan dan Pemasaran ZUS Coffee, Stephy Foong berkata, ramai di antara kita menghabiskan masa perayaan bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Bersempena sambutan Hari Raya yang hampir tiba, ZUS Coffee berharap kita dapat bersama-sama menikmati suasana kekeluargaan dengan orang tersayang. ” katanya.
Siri Velvet Crème sesuai dinikmati seisi keluarga termasuk datuk, nenek, ibu, ayah, kakak, abang dan adik, dengan penambahan crème-stache, yang memberikan kelainan pada sambutan raya ini.
Siri Velvet Crème menawarkan rangkaian minuman, termasuk Velvet Crème Latté panas dan ais (RM 13.80).
Minuman ini dihasilkan dengan rasa sempurna espreso yang diperkaya dengan susu sutera, dan ditambah dengan rasa crème brûlée manis yang pastinya memberikan kenikmatan raya.
Ia seperti menikmati secawan kopi di pagi raya, tetapi dengan sentuhan moden!
Bagi penggemar matcha, ZUS Coffee juga mempunyai Velvet Crème Matcha Latté panas dan ais (RM 13.80).
Minuman ini mempunyai tekstur berkrim yang cair di mulut, mempunyai keseimbangan matcha sutera dan diperkaya dengan krim baldu yang mewah.
Bayangkan duduk bersama orang tersayang, menghirup minuman ini sambil berkongsi cerita dan jenaka adalah cara yang sempurna untuk menikmati sambutan Hari Raya anda tahun ini!
Jika anda penggemar mocha, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Velvet Crème Mocha panas dan ais kami (RM13.80).
Kedua-duanya adalah Eid-licious! Dengan teksturnya licin baldu, minuman mocha bliss ini adalah ramuan kopi yang sesuai untuk Jiwa Raya.
Kami ada berita gembira untuk semua di ZUS Coffee! Bermula sekarang hingga 23 April, ZUS Coffee menawarkan promosi ‘Beli 1 Diskaun 50 peratus untuk cawan ke-2’ kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat (Tertakluk pada terma dan syarat).
Dengan promosi ini, anda boleh menikmati perjalanan yang lebih seronok, pada cuti perayaan atau masa bersantai semasa musim Raya.
ZUS Coffee juga telah menghasilkan video muzik Raya bertajuk ‘Jiwa Raya’ yang menggabungkan unsur lama dan baharu untuk mencipta irama tersendiri dan moden sambil memberi penghormatan kepada tradisi Raya yang kita hargai dan rindui.
Video muzik ini merupakan satu penghargaan kepada warisan budaya kita dan mempamerkan semangat Raya dengan cara tersendiri.
‘Jiwa Raya’ pastinya akan menjadi lagu yang membuatkan anda bersenandung sepanjang hari!
Tonton Jiwa Raya sekarang: https://www.youtube.com/watch?v=uB55PvzCt0g Tanpa mengira masa dahulu atau kini, Jiwa Raya sentiasa membara di dalam sanubari.
“Kehidupan hari ini amat sibuk namun perayaan ini mengeratkan hubungan dengan keluarga dan mengingatkan kami tentang cinta.
“ZUS Coffee hadir untuk memberikan sedikit kehangatan kepada Jiwa Raya anda, sama ada anda mengekalkannya sebagai budaya lama atau mengembangkan tradisi baharu,” kata Stephy Foong.
Bukan sahaja lagu, ZUS Coffee juga ingin mempersembahkan Video Muzik Rasmi Jiwa Raya yang boleh ditonton sekarang di laman YouTube Zus Coffee: https://www.youtube.com/watch?v=uB55PvzCt0g
Muzik video ini menggabungkan Amsyar Lee, bintang baharu menerusi rancangan The Masked Singer Malaysia sebagai ‘Si Tangkis,’ bersama penyanyi melayu 80-an iaitu Othman Hamzah yang terkenal dengan lagu hits seperti Gadis Melayu, Musliha dan Rintihan Hati.
Gabungan ideal ini menggambarkan keindahan irama lama dan yang baru.
Sempurnakan pengalaman raya anda dengan ‘Peraduan Giveaway’ kami di mana anda hanya perlu memberi orang yang anda sayangi creme-stache sambil menghirup mana-mana kopi dari rangkaian Velvet Crème.
Kaedah penyertaan:
1. Muat naik video atau gambar di mana-mana akaun media sosial anda dan tag @zus.coffee.
2. Tunjukkan video atau gambar kreatif ibu, ayah, datuk, nenek, abang, kakak, adik, atau kucing anda bersama creme-stache.
Tempoh kempen adalah bermula dari 20 April hingga 30 April dan kami memberikan 10 kali barangan eksklusif ZUS dan pakej makanan Mahnaz untuk melengkapkan sambutan Raya anda.