fbpx

Ustaz Wadi Anwar hadir beri keterangan atau waran tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wadi Annuar

KANGAR – Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tetap perlu hadir memberi keterangan di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) kerana kesnya masih dalam siasatan agensi itu atau waran tangkap dikeluarkan.

Difahamkan, Wadi Annuar atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub sepatutnya datang memberi keterangan di JAIPs pada 17 April lalu namun memohon penangguhan.

Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim berkata, pihaknya turut menerima pertanyaan orang ramai dan media berhubung perkembangan kes tersebut.

“Wadi Annuar sepatutnya hadir namun memohon penangguhan dengan memberikan beberapa alasan tertentu kepada pihak kami.

“Kami ingin menegaskan bahawa siasatan terhadap beliau akan diteruskan pada 2 Mei ini dan tindakan undang-undang termasuk waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya ingkar arahan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pendakwah selebriti itu, disiasat berhubung program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan Matin di Kampung Abi, Padang Machang, di sini pada 30 Mac lalu.

Wadi Annuar didakwa menghadiri program tersebut tanpa mendapat tauliah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perlis.

Dalam kejadian sama, JAIPs turut membuat laporan polis setelah penguat kuasanya dihalang penganjur dan orang ramai untuk mengambil keterangan Wadi Annuar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI