fbpx

Lelaki kurang siuman dipuji penuh adab minta makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan lelaki kurang siuman memilih makanan dalam keadaan beradab.

PETALING JAYA- Tindakan seorang peniaga berkongsi rezeki dengan seorang lelaki dipercayai kurang siuman meraih simpati orang ramai.

Menerusi video klip yang dimuat naik di TikTok oleh @Jimbo Mm Legacy memaparkan lelaki kurang siuman itu yang berkain sarung pelekat dan memegang sehelai baju datang ke gerai peniaga berkenaan dan meminta makanan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa simpati dan sedih terhadap keadaan lelaki tersebut.

“Aku sedih tengok video macam ni tak tahu kenapa, terima kasih kepada peniaga kerana berkongsi rezeki dengan insan terpilih ini,” komen Daisy.

Video juga memaparkan lelaki itu mendatangi kedai dengan cara yang beradab dan sopan.

“Masya Allah, dia masih lagi jaga adab. Dia ambil yang dia nak makan je, tak usik makanan yang lain pun kan. Terima kasih insan yang baik, semoga melimpah rezeki peniaga,” kata Naema.

“Walaupun dia macam tu, dia hormat tanggalkan selipar macam nak masuk rumah,” ujar Dua Kupang.

“Biar nampak sebegitu, tetapi adab dia tidak lupa, apa-apa pun besar pahala untuk si peniaga, semoga murah rezeki awak dan keluarga,” sampuk Fairuz. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI