PETALING JAYA – Pemilik akaun Twitter @dideedayat semalam, berkongsi satu tragedi yang menimpanya ketika mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Shah Alam.
Dakwanya, lehernya telah mengalami kecederaan akibat kecuaian si tukang gunting rambut tersebut.
“Blood and cut (bedarah dan gunting), didn’t even say sorry (dan tiada langsung ucap maaf).
“Bila aku point out (bersuara) Bro (abang) darah ini luka banyak. Dia merungut apa benda tah, aku malas gaduh bulan puasa ini, aku bayar dan pergi. This for RM23. Auto banned (Harga potong rambut RM23, terus ‘boikot’),” ciapnya.
Tambah individu itu lagi, tukang gunting melakukan kerja sambil menyanyi dan mungkin menjadi penyebab kepada kecuaian berlaku.
“Barber (tukang gunting) sibuk karaoke lagu Hindi clubbing. Masa luka itu aku dah cakap dah sakit, lepas itu dia tengok dan buat tak tahu sahaja,” katanya.
Sehubungan itu, aduan telah dibuat kepada pengurus kedai berkenaan, dan individu tersebut berharap agar satu tindakan dapat diambil supaya para tukang gunting rambut akan lebih berhati-hati ketika memberi perkhidmatan kepada pelanggan. – KOSMO! ONLINE