fbpx

LPT 2 mula sesak dengan perantau pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan yang berlaku di Plaza Tol Kuala Terengganu, Gemuroh, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) mulai sesak dengan kenderaan mulai hari ini.

Dianggarkan 75,000 kenderaan pengguna yang mahu pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri telah memasuki lebuh raya tersebut.

Tinjauan di Plaza Tol Kuala Terengganu yang terletak Kampung Gemuroh di sini mendapati kesesakan berlaku lebih lima kilometer.

Aliran trafik tidak bergerak dari kira-kira dua kilometer sebelum persimpangan susur masuk plaza tol terakhir LPT 2 berkenaan.

Selain itu, tinjauan juga mendapati aliran trafik juga perlahan di beberapa lokasi lain di sepanjang lebuh raya berkenaan seperti susur masuk Bukit Besi dan Kuala Dungun serta Chukai, Kemaman.

Beberapa kawasan hentian dan rehat dan rawat (R&R) seperti Paka dan Perasing juga sesak dengan kenderaan pengguna yang berhenti rehat dan mengisi petrol.

Terdahulu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, sebanyak 75,000 kenderaan dijangka akan menggunakan LPT 2 setiap hari sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Beliau berkata, ia peningkatan empat kali ganda berbanding 15,000 kenderaan yang melalui lebuh raya itu pada hari biasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI