fbpx

1,966 ular ditangkap di Terengganu sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap seekor ular di Kuala Nerus baru-baru ini.

KUALA NERUS – Sebanyak 1,966 kes tangkapan ular direkodkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu sejak awal tahun ini.

Pengarah APM Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata, antara spesies ular yang paling banyak ditangkap adalah ular sawa, senduk dan tedung.

Beliau berkata, tangkapan tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan bermula Januari iaitu 583 kes, Februari (665) dan Mac (718).

“Faktor cuaca panas melampau menyebabkan reptilia berbisa itu keluar dari habitat asal dan mencari tempat berlindung di kawasan lebih dingin atau sejuk.

“Kebanyakan kes tangkapan adalah di premis bangunan dan kediaman yang dimasuki haiwan tersebut. Sebahagian juga ditangkap selepas kekenyangan memakan haiwan ternakan penduduk,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rosman berkata, APM Terengganu juga menangkap 8,110 ekor ular di seluruh negeri ini sepanjang tahun lalu.

Tambah beliau, ular yang ditangkap akan dilepaskan semula ke habitat asal selain turut diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan kawasan sekeliling serta dalam kediaman yang boleh menjadi tempat perlindungan reptilia itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI