fbpx

MOT lancar OACP bagi menyokong NACP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong melihat buku Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) 2020 hingga 2025 di pejabatnya hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) melancarkan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) 2020 hingga 2025 bagi membuktikan komitmen kementerian terhadap Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019 hingga 2023.

Menterinya Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, OACP MOT ini memberikan panduan dengan strategi dan inisiatif terperinci untuk mengesan, mencegah, dan bertindak terhadap segala bentuk ketirisan, rasuah dan salah laku dalam kementerian, agensi dan pihak berkaitan.

Beliau berkata, pelan itu penting bagi mewujudkan budaya menolak rasuah dalam segala bentuk merangkumi pengurusan pentadbiran bersandarkan amalan integriti, ketelusan, kebertanggungjawaban dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta semua pihak yang berkepentingan.

“Dokumen ini akan diedarkan ke semua agensi dan unit berkaitan MOT untuk menerapkan nilai-nilai murni dan profesionalisme ke arah pemantapan intergriti dan akauntabiliti warga kerjanya.

“Ia juga akan memandu warga MOT dalam melaksanakan program yang lebih bersistematik dan bersepadu tanpa sebarang unsur ketirisan, salahguna kuasa dan rasuah,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pada 14 Oktober lalu, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Isham Ishak telah menandatangani Kenyataan Polisi Antirasuah MOT bersandarkan kepada Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MOT 2020 hingga 2025.

Ka Siong berkata, OACP dilengkapi dengan 82 inisiatif yang antara lain mampu menangani 35 risiko rasuah yang dikenal pasti.

“Selain itu, 82 inisiatif ini turut merangkumi proses yang berkaitan perolehan, penguatkuasaan undang-undang, pengurusan kewangan, dan urus tadbir terbaik pentadbiran.

“Strategi dan inisiatif utama di bawah OACP melalui proses penilaian risiko yang komprehensif, rekod disiplin, pelanggaran integriti, audit dalaman dan luaran serta sesi sumbang saran membabitkan semua Bahagian, Unit, Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri, di bawah bimbingan Institut Integriti Malaysia (IIM),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI