fbpx

Nelayan dilaporkan hilang ditemui mati di Pulau Kukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui berhampiran Pulau Kukup dibawa naik ke darat di Pekan Kukup Laut, Pontian, hari ini.

PONTIAN – Polis menemui mayat seorang lelaki yang dikatakan hilang di Jeti Kukup, Air Masin, Serkat pada petang semalam ditemui terapung oleh orang awam pada pagi ini di 4.4. Batu Nautika dari Pulau Kukup di sini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenda Mohammad Shofee Tayib berkata, hasil pengecaman yang dibuat oleh adik mangsa, Mohammad Fahmi Khalid menyatakan mayat tersebut ialah abangnya, Mohammad Khairudin Khalid, 36.

Katanya, pengecaman tersebut berdasarkan kepada baju yang dipakai oleh mangsa dan pemeriksaan di dalam beg silang yang bergantung pada mayat mangsa terdapat kad pengenalan milik mangsa.

Menurut beliau, ketika mayat mangsa ditemui, tiada sebarang penemuan bot di lokasi penemuan.

“Pihak forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor telah dihubungi bagi menjalankan siasatan ke atas mayat tersebut dan akan dihantar ke Hospital Pontian bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan media disini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang keluar menangkap ikan dari awal pagi semalam di perairan Kukup Laut, dekat sini, dipercayai hilang kerana tidak pulang ke rumah sepertimana kebiasaannya.

Tambah Mohammad Shofee, sebelum ini adik mangsa memberitahu ketika berada di rumah telah didatangi oleh dua lelaki yang membawa motosikal kepunyaan mangsa.

“Adik mangsa telah bertanya mengenai abangnya, tetapi mereka tidak tahu di mana abangnya berada, manakala panggilan telefon juga gagal dihubungi,” jelas beliau lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI