fbpx

Suami tidak sedar tertinggal isteri tepi jalan ketika pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam (kiri) tidak sedar dia tertinggal isterinya di Brebes ketika mahu pulang ke kampunya di Kediri pada Sabtu lalu. - Foto Polsek Wanasari

JAKARTA – Seorang lelaki yang teruja untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak sedar dia tertinggal isterinya di sebuah pos pemantau ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Jawa Pos hari ini. 

Lelaki dikenali sebagai Adam itu menunggang motosikal bersama isteri dan anaknya yang membonceng di bahagian belakang.

Semasa dalam perjalanan, Adam berasa keliru terhadap laluan, menyebabkan dia berhenti di tepi jalan. Dia tidak sedar bahawa isterinya sudah turun dari motosikal sebelum meneruskan perjalanan tanpa isterinya.

Anak mereka yang membonceng motosikal kemudian bertanya di mana ibunya selepas mereka bergerak dengan agak jauh, menyebabkan Adam baru menyedari ketiadaan isterinya serta menyangka wanita itu terjatuh daripada motosikal.

Adam kemudian memeriksa telefon bimbitnya lalu mendapati terdapat 21 panggilan tidak dijawab daripada nombor yang tidak dikenali. Setelah menghubungi nombor itu, Adam dimaklumkan bahawa ia adalah daripada pos polis Brebes yang memberitahu isterinya berada dalam keadaan selamat bersama pihak berkuasa.

Ketua Polis Brebes, Gunut Muhammad Tariq berkata, Adam berpatah balik untuk mengambil isterinya dari Pekalongan ke Brebes dalam perjalanan yang mengambil masa sekitar dua jam. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI