fbpx

Program GREAT Ramadan padat bantu komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak yatim dan asnaf daripada Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi dan Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia di bawa membeli-belah untuk keperluan hari raya.

PETALING JAYA – Program GREAT Ramadan anjuran Great Eastern Takaful Berhad (GETB) diisi dengan pelbagai aktiviti ke arah membantu golongan kurang berkemampuan selain melibatkan penyertaan para perunding takaful bagi meng­eratkan lagi hubungan persaudaraan.

Antara aktiviti yang dijalankan syarikat adalah menaja dan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf daripada Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi dan Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia.

Mereka menerima sumbangan berupa kelengkapan pakaian untuk menyambut hari raya, barangan keperluan rumah dan penjagaan diri.

Selain itu, syarikat turut bekerjasama dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) untuk membawa seramai 120 anak yatim dan asnaf keluar membeli-belah pakaian baharu diiringi 30 sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja GETB.

Ketua Pegawai Eksekutif GETB, Shahrul Azlan Shahriman berkata, sebagai sebuah organisasi yang amat prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik, pihaknya berbesar hati untuk menyantuni golongan anak yatim dan asnaf lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.

“Kegembiraan yang terpancar di wajah mereka amat bermakna buat kami kerana ia amat bertepatan dengan misi untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Semoga sambutan hari raya mereka pada tahun ini lebih meriah dengan pakaian serba baharu serta keperluan rumah dan barangan penjagaan diri termasuk sumbangan tunai untuk menambah baik penempatan mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Penghuni rumah kebajikan itu juga menyertai program Grand Iftar bersama hampir 1,000 perunding takaful cemerlang di Masjid Wilayah Kuala Lumpur yang menampilkan penceramah jemputan, Datuk Ustaz Mohd. Kazim Elias dan Cef Ammar Al Ali. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI