fbpx

Lelaki disyaki hilang setelah disambar buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba melakukan operasi pencarian di lokasi menggunakan bot penyelamat.

MIRI – Seorang pekerja warganegara Indonesia di kilang papan lapis hilang setelah diserang buaya di Sungai Bilat, Kuala Baram di sini pada Selasa lalu.

Mangsa, Muhammad Syopyan Nasution, 24, telah keluar bersama rakannya secara sembunyi-sembunyi melalui saluran paip yang menyeberangi sungai tersebut untuk ke Emart Tudan sekitar pukul 9 malam.

Semasa meniti di atas saluran paip tersebut, mangsa tiba-tiba disambar seekor buaya dan kejadian tersebut disaksikan oleh rakan mangsa.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa telah hilang sejak Selasa lalu namun tidak dilaporkan sehingga hari ini.

“Rakan mangsa memberitahu bahawa gerakan pencarian dibuat sendiri oleh rakan-rakan mangsa namun mereka gagal menemui mangsa, sebelum membuat laporan polis untuk bantuan pencarian.

“Semasa kejadian, mangsa menggunakan jaket berwarna hitam dan berseluar jean berwarna biru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, pasukan Bomba telah membuat pencarian melalui ‘surface searching’ di lokasi menggunakan bot penyelamat.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama tidak menemui sebarang petunjuk penemuan mangsa.

“Justeru, Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Terry Robson telah menangguhkan operasi pada pukul 5.55 petang dan akan bersambung pada keesokan harinya.

“Kekuatan anggota dan logistik dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng termasuk satu unit Fire Rescue Tenders (FRT) Scania, satu bot seramai 10 anggota bomba diketuai oleh PBKII Nasir Razali,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI