fbpx

Mitra: Kes lama diaudit, senarai penerima dana dipamer telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Mitra di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) akan melakukan audit secara menyeluruh terhadap segala isu yang pernah berlaku dalam agensi khas tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra, Datuk Ramanan Ramakrishan berkata, pihaknya akan meminta Jabatan Audit Negara melakukan proses berkenaan dalam masa terdekat.

“Saya bukan ‘pemburu syaitan’ yang mahu cari salah sesiapa tetapi berharap langkah ini bakal membolehkan Mitra bergerak baik selepas ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengetuai mesyuarat pertama jawatankuasa itu di sini tadi.

Mitra dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 dengan asalnya sebagai Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India sebelum dibubarkan oleh Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh dan Timbalan Ketua Penerangan PKR berkata, Mitra kali ini berimej baru dengan disertai MIC, PKR dan DAP.

“Saya beri jaminan bahawa kami telus meskipun ada wakil pelbagai parti berbeza kerana matlamat kami demi pembangunan masyarakat India termasuk India Muslim,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai tempoh masa proses pengauditan, beliau berkata, ia terpulang kepada Jabatan Audit Negara tanpa perlu tergesa-gesa bagi mengenal pasti isu ketirisan berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI