fbpx

Selangor antara lapan negeri dijangka hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri termasuk Selangor petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, negeri lain terlibat adalah seluruh Perlis dan Pulau Pinang manakala kawasan di Kedah yang terlibat adalah Langkawi dan Kota Setar.

Selain itu, katanya, cuaca buruk yang sama turut berlaku di sekitar Perak dan Sabah melibatkan Pedalaman dan Pantai Barat manakala kawasan di Sarawak adalah Sri Aman, Betong dan Sarikei.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI