fbpx

Nak beraya dengan anak? Datanglah ke rumah Datuk Yusof – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah menyatakan keterbukaan membenarkan Syamsul beraya bersama anak-anak pada 1 Syawal nanti.

KUALA LUMPUR – Biarpun kes perceraian semakin rumit, pelakon Puteri Sarah tidak menghalang suaminya juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof beraya bersama anak-anak mereka.

Sarah yang ditemui semasa sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan semalam terbuka jika suaminya itu ingin beraya bersama anak mereka iaitu Syaikhul dan Sumayyah.

Syarat pelakon Andai Itu Takdirnya hanya satu, Syamsul harus datang ke kediaman Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah di Kuala Lumpur.

“Saya akan menyambut raya seperti biasa bersama keluarga dan mentua dan kalau dia mahu berjumpa anak-anak boleh sahaja.

“Saya tidak kisah, datanglah berjumpa di Taman Melawati kediaman Datuk Yusof Haslam,” katanya dengan nada bersahaja.

Pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga memaklumkan bahawa dia akan bercuti bersama keluarga mentua tanpa memperincikan dengan lebih lanjut.

“Saya masih akan beraya bersama keluarga mentua saya dan kami akan pergi bercuti nanti,” ujarnya pendek.

Terdahulu, Syamsul enggan memberi lafaz cerai terhadap isteri pertamanya berikutan tiada persetujuan mengenai beberapa terma.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada tarikh lain selepas Aidilfitri ini.

Untuk info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, serta Sumayyah, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI